Madah Pengarah

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah سبحانه و تعالى, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad ﷺ serta ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya serta mereka yang menuruti jejak langkah perjuangan dengan tanpa jemu menyebarkan kebaikan. Hasrat kami di PITAS, agar tahun ini terus menambahbaik momentum yang ada seterusnya selaras dengan misi dan visi UNIMAS. Insya Allah PITAS akan bergerak terus ke hadapan bukan dalam lingkungan selesa arena kampus tetapi melangkaui masyarakat sekitarnya. Meningkatkan visibiliti serta pemerkasaan jenama PITAS akan menjadi salah satu matlamat gerak kerja pada tahun ini yang beraspirasikan tema Teguh Bersama oleh YBhg Datuk Naib Canselor. Laman sesawang ini diharapkan menjadi wadah menyampaikan maklumat serta ilmu kepada pembaca dalam menampilkan pelbagai jenis perkongsian termasuk dalam bentuk gambar, risalah, kemusykilan, serta artikel keagamaan dan kerohanian. Semoga kandungan laman sesawang ini diharapkan bermanfaat kepada semua. Terima kasih.
 
والـسـلام
Image