PUSAT ISLAM TUN ABANG SALAHUDDIN

  • Pemohon hendaklah menggunakan Borang Tempahan Penggunaan Ruang dan Peralatan. Borang tersebut boleh diperolehi dari Pejabat Am, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS
  • Tempahan hendaklah dibuat 3 hari sebelum tarikh penggunaannya.
  • Tempahan ruang dan peralatan oleh kakitangan UNIMAS hendaklah dibuat melalui Dekan/Penolong Pendaftar PTj masing-masing.
  • Pelajar hendaklah menempah melalui Dekan, Fakulti yang berkenaan atau Penasihat Kelab/Persatuan yang berkenaan.
  • Pelajar perlu mengemukakan salinan kertas kerja atau memo program yang telah diluluskan oleh TNC apabila menghantar Borang Tempahan Penggunaan Ruang dan Peralatan ini.
  • Penganjur hendaklah memastikan perilaku/akhlak dan penampilan/pakaian semua ahli program tidak bercanggah dengan syariat Islam.
  • Sekiranya pihak penganjur memerlukan keperluan tambahan, hendaklah dimaklumkan segera kepada pihak PITAS.
  • Tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan di PITAS ke luar UNIMAS.
  • Sebarang kehilangan hendaklah dilaporkan dengan kadar segera kepada pegawai di PITAS secara bertulis.
  • Sebarang kerosakan peralatan yang dipinjam adalah menjadi tanggungjawab peminjam. Peminjam hendaklah membayar gantirugi peralatan yang hilang atau membaiki peralatan yang rosak, mengikut ketetapan PITAS atas nasihat Bendahari UNIMAS.
  • PA Sistem, lampu dan peghawa dingin hendaklah dimatikan setelah selesai digunakan.
  • Pintu dewan/bilik hendaklah ditutup apabila keluar.
  • Kebersihan hendaklah dijaga dan tidak dibenar meninggalkan barang-barang peribadi di dalam dewan/bilik.
  • Aktiviti melibatkan percampuran lelaki dan perempuan yang bersifat hiburan semata-mata adalah ditegah.
  • Merokok adalah dilarang sama sekali dalam kawasan PUSAT ISLAM.
  • Tempat untuk makan & minum / jamuan adalah ditetapkan di Ruang Aktiviti Aras G, sahaja.
  • Kelulusan dan peraturan am penggunaan ruang dan alatan di PITAS adalah muktamad.