PUSAT ISLAM TUN ABANG SALAHUDDIN

Madah Pengarah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على خاتم الأنبياء والمرسلين ، المبعوث رحمة للعالمين، محمد وعلى آله وصحبه أجمعين أما بعد

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah سبحانه و تعالى, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad ﷺ serta ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya serta mereka yang menuruti jejak langkah perjuangan dengan tanpa jemu menyebarkan kebaikan .

Selamat datang/ اهلا و سهلا ke laman sesawang Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) UNIMAS. Laman sesawang PITAS 2018 kini berwajah lebih kontemporar dan tahun ini membuka lembaran baharu dengan gagasan dan garapan yang lebih mencabar. Alhamdulillah, kini PITAS sudah menjangkaui 1000 hari operasi dan penubuhannya.

Sepanjang tahun 2017 yang lalu PITAS telah bergerak selaras dengan misinya dalam mendokong visi, misi serta nilai teras UNIMAS. Pelbagai program, aktiviti serta wacana telah berlangsung sama ada yang dianjurkan oleh PITAS, ataupun dengan kerjasama Institusi dan Agensi Kerajaan, NGO, Persatuan, Kolej Kediaman Pelajar, dan juga persatuan pelajar. Menghasilkan kalendar Hijri sebagai takwim yang diedarkan kepada warga Universiti juga merupakan sumbangan PITAS sempena ulangtahun ke-25 UNIMAS.

Sepanjang tahun 2017 juga telah menyaksikan PITAS telah menganjurkan beberapa program berbentuk skala besar yang menampilkan ramai personaliti hebat dalam bidang akademik, hiburan dan juga keagamaan. Ruang dan kemudahan yang ada menjadi satu kelebihan dalam setiap penganjuran tersebut. Malahan penaiktarafan Dewan Solat dengan hiasan dalaman dan ukiran khat menjadikan PITAS lebih terserlah keindahannya.

Hasrat kami di PITAS, agar tahun ini terus menambahbaik momentum yang ada seterusnya selaras dengan misi dan visi UNIMAS. Insya Allah PITAS akan bergerak terus ke hadapan bukan dalam lingkungan selesa arena kampus tetapi melangkaui masyarakat sekitarnya. Meningkatkan visibiliti serta pemerkasaan jenama PITAS akan menjadi salah satu matlamat gerak kerja pada tahun ini yang beraspirasikan tema Teguh Bersama oleh YBhg Datuk Naib Canselor.

Laman sesawang ini diharapkan menjadi wadah menyampaikan maklumat serta ilmu kepada pembaca dalam menampilkan pelbagai jenis perkongsian termasuk dalam bentuk gambar, risalah, kemusykilan, serta artikel keagamaan dan kerohanian. Semoga kandungan laman sesawang ini diharapkan bermanfaat kepada semua. Terima kasih.

والـسـلام